30 May 2013

Siapa pengasas Syiah?

Tahukah anda, bahawa syiah diasaskan oleh yahudi.

Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affanradiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah".[1]

Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama). Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[2]

Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba': "Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[3]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan). Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[4]

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[5]

Jadi kalau ada mana-mana syiah yang katakan pada anda bahawa mereka ini bermazhabkan ahlul bait, mereka tu memang PENIPU dan PENDUSTA YANG BESAR...

[1] . Lihat: Rijal al-Kusyi. Hlm. 106-108. (Kitab ini "Rijal al-Kusyi") adalah kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan Syiah.
[2] . Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74).
[3] . Lihat: الشيعة فى التاريخ Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain.
[4] . Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).
[5] . Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).

19 May 2013

Kadar nafkah suami kepada isteri

  • Apakah maksud terperinci nafkah suami kepada isterinya? 
  • Adakah kerana dia telah membeli barangan keperluan seperti makanan sudah cukup dinamakan nafkah? Adakah salah jika isteri meminta wang kepada suaminya untuk dirinya sendiri sedangkan suaminya tidak pernah memberi wang,asalannya dia telah membeli barangan keperluan semua?
  • Adakah wajib suami memberi keluarga mertua sedikit sumbangan seperti wang ringgit atau sebagainya?
  • Dan apakah hukumnya jikalau keperluan yang dibeli oleh si suami menjadi ungkitannya semula?

Wajib suami memberi nafkah[1] kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. Firman Allah (bermaksud); "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan" (Surah at-Thalaq, ayat 7).

Di dalam hadis yang menceritakan Hindun (isteri Abu Sufyan) yang mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberi belanja yang mencukupi untuk isteri dan anaknya), Rasulullah berkata kepada Hindun; "Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya"[2] (HR al-Jamaah kecuali Imam at-Tirmizi. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi...). Hadis ini menunjukkan bahawa keperluan isteri juga diambil kira dalam kewajipan memberi nafkah kerana Nabi menyebutkan "ambillah kadar yang mencukupi". Kecualilah jika suami miskin, maka ia dituntut memberi nafkah mengikut kemampuannya dan isteri hendaklah redha dengan keadaan suami dan berpada dengan apa yang diberikan.

Ada ulamak menetapkan kadar tetap harian bagi nafkah yang wajib disempurnakan oleh suami untuk isterinya. Antaranya Imam Syafiie yang menetapkan; jika suami kaya; ia hendaklah memberikan 2 cupak sehari untuk makanan isterinya, suami sederhana; 1 1/2 cupak dan suami miskin; 1 cupak. Adapun jumhur (majoriti) ulamak, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, akan tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri.[3] Kemampuan suami boleh berubah, begitu juga keperluan isteri. Pada ketika suami melihat keadaanya lebih senang, ia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih. Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya. Di dalam al-Quran, Allah amat menekan para suami agar melayani isteri dengan baik untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Firman Allah (bermaksud); "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik" (Surah an-Nisa', ayat 19).

Mungkin kita boleh meletakkan tahap-tahap bagi perbelanjaan dengan merujuk kepada tahap-tahap maslahah manusia yang diputuskan ulamak iaitu tiga peringkat;
Pertama; (tahap keperluan paling atas); iaitu keperluan daruriyat.
Kedua; keperluan hajiyat.
Ketiga; keperluan tahsiniyat.

Keperluan daruriyat ialah yang boleh menyebabkan kerosakan hidup jika tidak diberikan. Ini merangkumi makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang asas. termasuk juga keperluan ilmu khususnya ilmu agama kerana tanpanya akan rosak kehidupan di akhirat. Keperluan hajiyat ialah yang bawah dari daruriyat, iaitu yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan hidup, tetapi membawa kepada kehidupan yang susah, sukar dan menderita. Contohnya; perabot-perabot rumah yang asas, peralatan dapur, pakaian yang lebih sedikit dari keperluan daruriyat tadi dan sebagainya. keperluan Tahsiniyat ialah yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan dan tidak juga membawa kesusahan hidup, cuma kewujudannya boleh menambah keselesaan hidup.

Balik kepada soalan yang ditanya, jika suami puan miskin, puan hendaklah berpada dengan apa yang diberinya untuk keperluan pertama (daruriyat) atau keperluan kedua (hajiyat). Jika suami puan berada, bolehlah puan meminta lebih dari itu. Suami pula hendaklah meraikan isteri jika ia mampu demi mengekalkan keharmonian rumah tangga. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda (bermaksud); "Allah mengasihi seorang lelaki yang bertolak ansur bila menjual, bila membeli dan bila menuntut (hutangnya)" (HR Imam al-Bukhari dari Jabir). Dalam riwayat lain; "...bertolak ansur ketika membayar hutang dan menuntut hutan" (HR Imam at-Thabrani dari Jabir). Walaupu hadis ini menyentuh jual-beli dan hutang-piutang, tetapi ruh tolak ansur yang disarankan Nabi tidak ada salahnya untuk kita amalkan di mana-mana sahaja dalam kehidupan terutamanya dalam perkongsian hidup suami isteri. Maksudnya, suami bertolak ansur dalam melayani permintaan isteri dan isteri pula bertolak ansur dalam menuntut haknya.

Mengenai pemberian kepada mertua, tidaklah wajib suami memberi nafkah atau belanja untuk mertua sekalipun mertua miskin, kecualilah atas ihsan darinya sahaja. Jika ia mampu, eloklah ia memberinya kerana itu juga boleh mengukuhkan lagi kasih-sayang dengan isteri. Mertua yang miskin dan tidak mampu berkerja, ia wajib dinafkahi oleh keluarganya sendiri (iaitu bapa atau anak-anaknya), bukan menantunya. Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu-bapanya (tanpa menjejaskan hak suami) dan begitu juga untuk menafkahi mereka. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah, ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulamak berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu. Adalah harus isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu-bapanya sekalipun tanpa izin suami, namun eloklah ia meminta izin sebagai tanda menghormati suami. Jika suami menghalang tanpa sebab, tidak dikira nusyuz jika isteri melanggarinya.

Mengenai suami mengungkit pemberiannya kepada isteri, jika dengan niat yang baik seperti untuk memperingatkan isteri supaya taat kepadanya kerana ia telah pun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami (iaitu memberi nafkah mengikut yang termampu) supaya isteri membalasnya dengan melaksanakan tanggungjawabnya pula (iaitu taat dan melayani suami), ungkitan sebegitu tidaklah dilarang, malah ada ketikanya perlu dilakukan. Adapun jika ungkitan semata-mata untuk menyakiti hati isteri, tidaklah harus dilakukan kerana ia menyalahi pergaulan yang yang disuruh oleh Allah dalam ayat tadi.

Wallahu a'lam.

Nota;

[1] Memberi nafkah bermaksud mencukupkan keperluan hidup merangkumi makanan, pakaian dan keperluan-keperluan lain (at-Tahwir wa an-Tanwir).
[2] Lafaz bahasa Arabnya ialah "Bil-Ma'ruf", al-makruf bermaksud; mengikut kebiasaan masyarakat setempat iaitu berdasarkan pengamalan yang diterima oleh orang ramai di sesuatu tempat selama ia tidak bercanggah dengan ketetapan Syariat (at-Tahwir wa an-Tanwir).
[3] Sebenarnya terdapat tiga pandangan ulamak dalam menetapkan ukuran yang hendak dipakai bagi menentukan kadar nafkah yang sewajarnya bagi isteri;
A) Pandangan pertama; hendaklah dilihat kepada keadaan suami (kaya, miskin atau sederhana). Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafiie dengan berdalilkan ayat di atas.
Pandangan kedua; dengan melihat keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dengan berdalilkan hadis Hindun di atas.
C) Pandangan ketiga; dengan mengambil kira kedua-dua sekali iaitu keadaan suami dan juga keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Ahmad berdalilkan ayat dan juga hadis di atas iaitu dengan memadankan kedua-duanya. Pandangan inilah yang kita pilih di atas kerana ia meraikan kedua-dua dalil di atas.
(al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat).

Rujukan;

1. Tafsir al-Qurtubi, Surah at-Talaq, ayat 7.
2. At-Tahwir wa at-Tanwir, Syeikh Muhammad at-Tahir ibnu Asyur, Surah at-Talaq, ayat 7.
3. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat.
4. Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi..

Berkenalan dengan Jin Qorin kembaran dari diri kita


Dari Abdullah bin Mas’ud berkata,”Tidaklah satupun dari kalian kecuali ia telah di beri Qorin dari jin dan Qorin dari malaikat. Para sahabat bertanya,”Begitu juga kepadamu,Ya Rosulullah?” Beliau bersabda,”Kepadaku juga,hanya saja Alloh telah menolongku untuk menghadapinya,dan tidaklah ia (Qorin) menyuruhku kecuali kepada kebenaran” (HR.Ahmad)

            Bila kita mengalami pergolakan batin saat menghadapi masalah,yang dituntut untuk segera menentukan sikap,atau saat menghadapi suatu pilihan yang membuat pikiran bimbang,tiba-tiba terasa dalam diri kita seperti ada makhluk yang membisikkan sesuatu untuk memilih pilihan tertentu, atau saat azan berkumandang, muncul dalam benak kita untuk segera meninggalkan pekerjaan lalu menunaikan sholat, tapi pada saat yang sama sakan ada yang membisikkan ,”Nanti saja…!selesaikan pekerjaan dulu”

Dan bisikan itu ternyata muncul dari sosok makhluk yang berbeda yang senantiasa menyertai kehidupan kita, yaitu makhluk yang bernama malaikat dan jin.

 DALIL KEBENARAN QORIN PADA MANUSIA

Setiap kita pasti ditemani teman yang akrab dan dekat yang disebut Qorin,satu dari malaikat dan satu dari golongan jin atau syaitan.
Sebagai mana yang ditegaskan Rosululloh saw dalam riwayat Ahmad diatas.

Yang dimaksud dengan pernyataan Rosululloh saw pada bagian akhir dari hadits diatas adalah Qorin beliau dari golongan jin atau syaitan.

Alloh swt telah memberi perlakuan khusus kepada beliau dalm menghadapi sepak terjang Qorin jin yang dimilikinya,sehingga jin tersebut masuk Islam dan tidak mempengaruhi beliau kecuali kepada kepada kebaikan dan kebenaran.

Dan hadits tersebut lebih merupakan peringatan keras akan bahaya fitnah (gangguan ) Qorin dan was-wasnya serta penyesatan yang dilakukannya.
Rosululloh saw memberi tahukan hal itu agar kiat lebih waspada dan melakukan pembentengan dari kejahatannya.

Dalam masalah ini ada ulama yang berpendapat bahwa peluang masuknya jin Qorin ke Islam bukan hanya berlaku untuk jin Qorin Rosululloh saw pribadi, Setiap kita bekesempatan untuk mengislamkan jin Qorin sebagaiman yang dialami Rosululloh.

(DR.Umar Sulaiman al-Asyiqar dalam bukunya”Alamul JinniwaSyayatin”)
Tetapi pendapat tersebut dibantah tegas oleh Syaikh Wahid Abdus Salam Bali dalam bukunya “Wiqayatul Insan minal Jinni was Syaithan :39-40”

 Beliau beralasan bahwa terlihat jelas dalam susunan redaksi beberapa hadits yang menjelaskan masuk Islamnya Qorin jin mengiringi Rosulullah sifatnya khusus, hanya berlaku kepada jin Qorin Rosulullah saw. Kenyataannya tidak ada satu dalilpun yang menyatakan bahwa Islamnya jin Qorin itu juga berlaku pada selain Qorin jin Rosulullah saw.

Alasan kedua “Tidak ada satu riwayatpun yang menjelaskan masuknya jin Qorin yang dimiliki Umar bin Khatthab. Padahal kita tahu,dikarenakan iman Umar yang begitu kokoh  Syaitan menjadi segan dan takut kepada sosokUmar. Dan Rosulullah saw tak pernah mejelaskan kepada para sahabatnya bahwa jin Qorin milik Umar telah masuk Islam sebagaimana milik Beliau.”

Alasan ketiga, “Kalau setiap orang bias mengislamkan jin Qorin masing-masing, maka hilanglah hikmah dan fungsi adanya ujian Alloh pada diri manusia. Padahal adanya pengaruh buruk dari jin Qorin merupakan sarana ujian akan keteguhan dan kekokohan iman seorang mu’min” (Kitab Al Waqayah : 39-40)

 BERAPA JUMLAH JIN QORIN KITA

Qorin jin atau syaitan dalam tema ini mempunyai arti khusus dan umum, arti khusus yaitu Qorin jin yang disertakan Allah kepada kita sejak kita dilahirkan , sebagaimana yang telah dijelaskan Rosulullah saw, sedang arti umumnya yaitu jin atau syaitan lain yang menjadi teman kita dalam sepanjang perjalanan hidup kita.

Artinya sejak kita lahir ada jin yang selalu mengikuti kita dan melancarkan pengaruh-pengaruh jahatnya, itulah yang dinamakan istilah khusus yaitu Qorin. Tapi ada juga Qorin-Qorin lain yang bersifat umum. Yaitu syaitan-syaitan yang hadir dalam hidup orang-orang yang jauh dari petunjuk Alloh dan lalai menjalankan perintah-Nya.
Qorin yang pertama akan bertambah banyak dengan semakin banyaknya syaitan yang menjadi teman hidupnya.

            Alloh swt berfirman,”Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan yang maha pemurah (Al-Qur’an) Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benat dan mereka menyangka bahwa mereka medapat petunjuk. Sehingga apabila orang-orang yang berpaling itu dating kepada Kami (di hari kiamat) dia berkata,”Aduhai, semoga (jarak) antaraku dan kamu seperti jarak antara masrik dan maghrib, maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman (yang menyertai manusia)”. (QS.Az Zukhruf : 36-38)

            Imam At Tabrani berkata. Yang dimaksud dengan ayat 36 dalam QS Az ukhruf adalah,”Barang siapa yang berpaling dari peringatan Alloh(dzikrulloh) dan tidak takut akan azab-Nya, maka Alloh akan memberinya syaitan, dan syaitan itu akan menjadi teman hidupnya yang selalu berusaha untuk menjerumuskannya. (Tafsir At Thabrani : 25/72).
Dan di ayat lain, Alloh menyatakan,”Barang siapa yang mengambil syatian itu menjadi temannya, maka syatian itu adalah teman yang seburuk-buruknya.”(QS. An Nisa’ : 38).

TUGAS UTAMA QORIN KITA

            Tugas pokok baik itu Qorin dari golongan jin atau syatan maupun dari golongan malaikat, bertugas sebagai pembisik, Qorin dar jin membisikkan untuk berbuat jahat, sedangkan Qorin dari malaikat membisiki manusia untuk berbuat kebaikan dan ketaatan.
            Abdullah bin Mas’ud berkata, Rosulullah saw bersabda, Sesungguhnya syaitan itu melakukan bisikan sebagaimana malaikat juga melakukan bisikan, adapun bisikan syaitan, intinya mengajak untuk berbuat keburukan dan mendustakan yang haq. Sedangkan bisikan malaikat, intinya mengajak untuk berbuat kebaikan dan membenarkan yang haq. Barang siapa menjumpai pada dirinya (ajaran kebenaran), hendaklah ia memuji Alloh swt (bersyukur), dan barang siapa menjumpai sebaliknya (bisikan kejahatan), hendaklah ia berlindung kepada Alloh dari (godaan) syaitan. Lalu beliau membaca ayat,”Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan ….” (QS Al Baqoroh : 268) (HR.Tirmidzi, 2988, An NAsa’i, no. 11051, dan Ibnu Hibbah, no. 998).

            Oleh karena itu kita harus ekstra waspada akan hadirnya bisikan ata was-was Qorin jin, sebagaimana kita juga tidak boleh lengah akan was-was atau bisikan jahat yang muncul dari syaitan yang berbentu manusia. Kedua bisikan itu sama bahayanya dan sama-sama membikin kita celaka,celaka didunia ataupun di akhirat. Sehingga Alloh swt mengingatkan agar kita banyak memohon perlindungan kepada-Nya,dari bisikan jahat syatan yang berbentuk jin atau manusia. Seperti dalam firman-Nya dalam QS. An Naas : 1-6.

            Ibnu Katsir rahimahullah berkata dalam kitabnya saat menafsrkan QS An Naas, bahwa yang dimaksud dengan “al waswasul khonnas” dalam surat tersebut adalah syaitan yang disertakan ke manusia. Karena tidak seorangpun dari keturunan nabi Adam kecuali ia memiliki Qorin, Qorin itulah yang menghiasikeburukan dan kekejian, dan tidak seorangpun yang selamat darinya kecuali mereka yang dilindungi oleh Alloh swt.” (Tafsir Ibnu Katsir : 4 / 575).

JIN QORIN BAGIAN DARI SYETAN

            Jin Qorin adalah syetan pengganggu dan perusak kehidupan orang-orang beriman. Jin Qorin adalah bagian dari musuh kita yang harus diwaspadai sebagaimana yang Alloh swt tlah jelaskan dalam Al Qur’an.
            Semakin rajin seseorang melakukan ibadah, maka semakin berat jin Qorin melakukan gangguan, jin Qorin akan menjadi kurus, lemah danloyo serta sakit-sakitan.

Sebaliknya bila seseorang semakin jauh dari Alloh swt, maka jin Qorin semakin senangdan betah atau kerasan. Jin Qorin itu akan menjadi gemuk, kuat dan bertenaga, garang dan ganas.

            Seharusnya seluruh gerak orang mukmin adalah ibadah, isi hatinya adalah iman yang benar, hiasan bibirnya adalah dikir, sebagaimana kehidupan Rosulullah saw dan para sahabat serta para ulama yang mengikuti jejak langkahnya. Sehingga ia mudah mengendalikan bisikan jahat jin Qorinnya, dan iapun dijauhkan dari jerat-jerat syetan lainnya yang selalu berusaha menjerumuskannya.

DENGAN IBADAH, SYETAN MENADI LEMAH

            Satu-satunya carauntuk memperlemah kekuatan dan dominasi syetan dalam diri kita adalah dangan beribadah kepada Alloh swt. Ibadah dengan cara yang benar dan dilaksanakan dengan ikhlas. Karena bila ibadah tersebut dilaksanakan dengan cara yang menyimpang dari ajaran Rosulullah saw maka Alloh akan menolaknya, dan syetan malah menjadi riang dan senang. Akhirnya iblis dan syetan menjadi dekatdan akrab dengan kita.

            Dengan mendekatkan diri melalui ibadah baik ibadah wajib atau sunnah,posisi kita denganAlloh swt  semakin dekat, dan iman kita semakin kuat. Lalu kita masuk ke komunitas hamba Alloh swt yang dilindungi.
            Dan yang harus kita lakukan sekarang ialah memperlemah kekuatan pengaruh dan  dominasi jin Qorin tersebut.
            Denengan beribadah dan dzikir yang kita lakukan, jin Qorin yang ada bersama kita akn menjadi lemah atau tidak berdaya. Walaupen keberadaannya masih eksis mengiringi kita, tapi pengaruhnya akan melemah. Ia tidak mampu menjalankan misi utamanya dengan baik, atau sekalipun masih melakukan bisikan, maka bisikan itu menjadi lemah.

KEKUATAN IBADAH DAN DZIKIR

            Sesungguhnya pengertian ibadah dan dzikir tak jauh berbeda. Hanya saja ibadah sifatnya lebih umum. Dzikir ada yang diwajibkan dan ada yang di sunnahkan. Dzikir juga mempunyai pengertan umum dan khusus.
Segala ibadah yang kita laksanakan untuk mengingat Alloh swt adalah dzikir, termasuk sholat.
Alloh swt berfirman, ”Dan dirikanlah sholat untuk mengingat Aku.”   (QS. Thaha : 14).

            Ibadah dan dzikrulloh sebagaimana yang telah diajarkan Rosululloh sawjuga berfungsi untuk memproteksi pelakunya dari gangguan dan kejahatan syetan.

            Rosullullah saw bersabda dalam riwayat berikut :
Dari Abul Malih, dari seorang lelaki, ia berkata : “Aku pernah dibonceng Rosulullah saw di atas keledainya. Ketika keledai itu tersandung , aku berkata : “Celakalh syetan!“ Rosulullah saw bersabda, “Janganlah berkata seperti itu, syetan akan membesarsampai sebesar rumah lalu berkata, “Aku telah membantingnya dengan kekuatanku”. Tapi bacalah Bismillah,karena jika kamu baca itu (Bismillah) ia akan mengecil hingga sekecil lalat.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i, dan disahihkan al-Abani).

BEKERJASAMA DENGAN JIN QORIN

            Ada sebagian orang yang bergagasan , bahkan sebagian masyarakat tidak berhenti hanya sekedar gagasan, Mereka telah berusaha dengan berbagai macam cara untuk bisa memanfaatkan keberadaan jinQorin yang dimilikinya. Ada yang mengaku bahwa ia telah berhasil, ia mempunyai kemampuan untuk meramal masa depannya atau bisa mebaca pikiran dan kehendak seseorang, sebelum orang tersebut menceritakannya.

            Kalau memang pengakuannya benar, bahwa mereka mampu menundukkan jin untuk bekerjasama dengannya. Maka disini perlu ditegaskan, bahwa jin yang bersedia kerjasama dengannya belum tentu sebagai jin Qorinnya. Bisa saja jin lain yang hadir dalam kehidupannya, lalu bersedia kerjasama dengannya dengan misi utama, yaitu untuk menyesatkannya.Walaupun tidak diajak kejasama, syetan akan hadir dalam kehidupan manusia untuk menyesatkannya. Apalagi kalau manusianya sendiri yang mengajak kerjasama.

            Jin Qorin atau syaitan hakikatnya adalah musuh kita bersama. Alloh swt dan Rosul-Nya telah menyeru kita untuk menjauhi mereka, mewasdai tipu dayanya dan senantiasa memohon perlindungan dari kejahatan mereka. Kalau kenyataannya kita malah beusaha untuk bekerjasama dengan mereka, berarti kita telah menyalahi perintah Alloh swt dan menerjang larangan-Nya.  Alloh swt dengan tegas melarang hamba-hamba-Nya untuk bekerjasama dengan jin (LihatQS  al-Jin: 6). Karena kebanyakan jin itu adalah jin yang menyesatkan. Kalau da jin yang muslim yang mau hadir dalam kehidupan seorang manusia, berarti ia jin muslim yang tidak shalih atau hanya mengaku-aku saja.

Karena jin muslim yang shalih punya tugas sendiri dari Alloh swt, yaitu untuk beribadah kepada-Nya, bukan mengurusi manusia.

DAMPAK BURUK DARI PEMAHAMAN YANG SALAH

            Karena salah memahami keberadaan jin Qorin dan fungsinya,banyak orang yang menyalahkan terapi ruqyah Syar’iyah, mereka meyakini bahwa sekali ruqyah, semua jin akan menjauhi, termasuk jin Qorin. Padahal rukyah hanya sarana bagi kita untuk segera kembali ke ajaran syariat Islam. Pasca terapi ruqyah, pasyen harus rajin beribadah agar bisikan jahat dari jin Qorin yang masih ada melemah.

            Ketika ada orang yang bisa membaca pikiran seseorang, belum tentu hasil baca pikirannya itu benar semua. Kalaupun banyak benarnya,bisa jadi itu adalah ulah jin Qorin dari orang yang dibaca pikirannya. Ia memberi tahu kepada in peramal itu akan biodata dan agenda hariannya. Lalu jin perewangan peramal memberi tahu peramal, sehingga peramal bisa nyerocos kesana kemari. Akhirnya kita lebih percaya peramal nasib daripada takdir Alloh swt. 

            Kalau ada rang yang meninggal, tiba-tiba ada kerabatnya melihat sosoknya,diyakini itu adalah roh yang gentayangan. Belum tenang dalam kuburnya, karena kurang sesajen, sehingga harus dilakukan ritual tertentu, agar rohnya kekal di alam baka. Padahal itu bukan roh yang mati yang bergentayangan, tapi jin yang menyerupai sosoknyauntuk membuat fitnah bagi yang masih hidup.Atau jin Qorinnya sendiri, karena tidak ada keterangan bahwa jin Qorin akan mati bersamamatinya orang yang diikuti.

            Demikianlah masih banyak pemahaman yang salah akan hakikat roh manusia dan iman kepada yang ghoib yang menyimpang. Atau bisa jadi karena minimnyapemahaman mereka tentang alam jinyang sesuai syariat Islam.




Dipetik dari : Majalah”Ghoib” edisi 73 tahun 1996)
http://pecintakeadilan.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false.html
Republish Untuk Dipelajari Dan Menambah Keimanan.



04 May 2013

Takdir rezeki manusia

Berapa ramai daripada kita yang menjalankan enam perkara ini secara istiqamah?
1) Solat Fardhu
2) Solat ba'diyyah dan qabliyyah
3) Puasa sunnah Isnin dan Khamis
4) Solat Dhuha
5) Solat Tahajjud
6) Membaca Quran

Apa kaitan perkara yang enam itu dengan takdir rezeki manusia?

Kita sering menyibukkan diri dengan kekayaan dunia namun kita sering tersasar daripada landasan syariah hingga lalai pada perkara wajib dan meninggalkan yang Sunnah.Sesungguhnya Rezeki itu jaminan Allah sebagaimana disebut dalam sebuah hadith yang menyatakan bahawa rezeki kita telah ditetapkan di Lauh Mahfuz semenjak sebelum kita dilahirkan.

Pabila kita diuji dengan sedikitnya rezeki, Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
Jangan pula disebabkan rasa tertekan dalam usaha mencari rezeki yang sememangnya telah ditetapkan hinggakan mengeluh lalu tanpa disedari mencercanya dengan kata-kata 'susahnya mencari rezeki' seolah-lupa bahawa mesej kewahyuan dari Nabi s.a.w amat lengkap untuk ummatnya. Moga beroleh syafaatnya kerana mematuhi pesanan manusia agung ini dalam bab mencari rezeki seperti dalam hadis dikeluarkan oleh Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Janganlah melengahkan (usaha mencari) rezeki, kerananya seorang hamba tidak akan mati sehinggalah rezeki paling akhir (untuknya di dunia) diberikan untuknya (dari ketetapan Allah), maka takutlah kepada Allah, dan perelokkan (bersungguh-sungguh dalam usaha) mencari rezeki, ambillah sumber halal dan tinggalkanlah yang haram. (Sahih al-Jami', no: 7325)