04 May 2013

Takdir rezeki manusia

Berapa ramai daripada kita yang menjalankan enam perkara ini secara istiqamah?
1) Solat Fardhu
2) Solat ba'diyyah dan qabliyyah
3) Puasa sunnah Isnin dan Khamis
4) Solat Dhuha
5) Solat Tahajjud
6) Membaca Quran

Apa kaitan perkara yang enam itu dengan takdir rezeki manusia?

Kita sering menyibukkan diri dengan kekayaan dunia namun kita sering tersasar daripada landasan syariah hingga lalai pada perkara wajib dan meninggalkan yang Sunnah.Sesungguhnya Rezeki itu jaminan Allah sebagaimana disebut dalam sebuah hadith yang menyatakan bahawa rezeki kita telah ditetapkan di Lauh Mahfuz semenjak sebelum kita dilahirkan.

Pabila kita diuji dengan sedikitnya rezeki, Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
Jangan pula disebabkan rasa tertekan dalam usaha mencari rezeki yang sememangnya telah ditetapkan hinggakan mengeluh lalu tanpa disedari mencercanya dengan kata-kata 'susahnya mencari rezeki' seolah-lupa bahawa mesej kewahyuan dari Nabi s.a.w amat lengkap untuk ummatnya. Moga beroleh syafaatnya kerana mematuhi pesanan manusia agung ini dalam bab mencari rezeki seperti dalam hadis dikeluarkan oleh Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Janganlah melengahkan (usaha mencari) rezeki, kerananya seorang hamba tidak akan mati sehinggalah rezeki paling akhir (untuknya di dunia) diberikan untuknya (dari ketetapan Allah), maka takutlah kepada Allah, dan perelokkan (bersungguh-sungguh dalam usaha) mencari rezeki, ambillah sumber halal dan tinggalkanlah yang haram. (Sahih al-Jami', no: 7325)

No comments:

Post a Comment