11 October 2013

Merentasi masa

Dalam Sujud ku Bercerita . .
Dalam Sujud ku Meminta . .
Dalam Sujud ku Mengadu segalanya . .
Dalam Sujud ku Mengalirkan Airmata . .
Dalam Sujud ku Menemui Ketenangan & Kedamaian . .
Dalam Sujud ku Menemui Kebahagiaan yg Hakiki . .
Dengarlah Rintihan Hambamu Ini Ya Allah di Setiap Kali Dalam Sujud ku PadaMU ya Rabbi . .

Dalam ku merentasi masa
Padamu
ingin ku kirim bunga..tapi aku takut ia akan layu..
ingin ku kirim senyum..namun takut tak terbalas..
ingin ku kirim rindu..mungkinkah tersampaikan..?
akhirnya..
aku kirimkan sebuah "doa" untuknya

kadang2 usah dilayan perasaan itu..kelak dirimu yg merana..
biarlah rindu itu berlalu begitu sahaja..
biarlah sayang itu merentasi masa..
kerana masa yg akan mengubati segala2nya..
dan Allah itu Maha Menyembuhkan dan Maha Mengatur segalanya..
setiap perkataanku bagaikan racun berbisa
yang maha melukakannya
biar hati yang berbicara tanpa mengeluarkan suara..
biar hati merana tanpa bertanya
asalkan bahagia berbunga

No comments:

Post a Comment