Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

22 July 2013

Ghurabaa'

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaaoo wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaaoo' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaah
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaah
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we'll continue forever

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we'll continue forever

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaaun hakadhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaaun hakadhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

كم تذاكرنا زمانا يوم كنّا سعداء
Kam tadhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaaoo wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaaoo' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaaoo wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaaoo' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaah
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaah
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaah
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaah
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Hadith: “Qala rasoolullahi sallalahu ‘alaihi wa sallam: Bada al islamu ghareeban, wa sa ya ‘oodu ghareeban kama bada, fa tooba lil ghurabaa”

The Prophet صلى الله عليه وسلم said 
"Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"

08 April 2013

CintaNya yang Abadi

Cinta itu hadirnya pasti
Buat insan yang punya hati
Andai mardhatillah yang dicari
Mahabbah yang halal akan setia menanti

Carilah dan terus mencari
Gapailah cintaNya yang abadi
Kelak kan hadirlah
insan yang menemani
bersama meniti
titian menuju kasih Ilahi

Cinta Allah Cinta Agungku..

04 April 2013

Qad Kafani

Soul enlightenment.. MasyaAllah

Rendition of Qasidah written by Syaikh AlHabib Abdullah bin Alwi Alhaddad more than 300 years ago... this poetry is a doa' indeed.
May Allah rewards us with understanding of deen...

29 March 2013

aku ingin segalanya damai....

Ketenangan apa yang manusia cari? Ketenangan berbentuk apa yang mampu membuatkan manusia puas hati? Ketenangan apakah itu? Ketenangan bagaimana yang manusia mampu kecapi? Ketenangan dari ceruk mana dapat kita perolehi? Apakah tiada ketenangan lagi di atas muka bumi ini? Atau manusia belum mampu mengenali apakah ia ketenangan? Ketenangan apakah yang benar2 mendamaikan hati? Ketenangan bagaimana yang setiasa diburu semua? UKHUWWAH? AGAMA? KEHARMONIAN KELUARGA? PERNIKAHAN? HARTA BENDA? MAKANAN LAZIZAH? Maka itulah Quran menjadi sandaran, penyuluh jalan.. Surah Ar-Rad:28 ternyata sesuatu yang disebut sebagai ketenangan.. Allah menawarkan cara yang terbaik dari segalanya..

Ertinya: “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." 

Kata (تطمئن) dalam kosa kata bahasa Arab dikenal dengan nama fi’il mudhari’ yaitu kata kerja yang menunjukan masa sekarang dan akan datang atau berlanjutan. Maka ketenangan yang ditawarkan oleh Allah dalam ayat di atas adalah ketenangan yang bersifat terus-menerus, berkesinambungan, dan tidak pernah putus. 

Allah menawarakn dua syarat; pertama iman dan kedua zikir kepada Allah. Dari penjelasan ayat tersebut jelaslah bahwa iman adalah syarat pertama dan utama seseorang bisa memperoleh ketenangan hati. Maka, ketenangan tidak ditentukan oleh seberapa banyak harta seseorang, atau seberapa tinggi kedudukan dan jabatan seseorang dan seterusnya. Akan tetapi, ditentukan seberapa teguh keyakinan dan keimanan seseorang kepada Allah. Bukankah kata iman berasal dari kata a-ma-na yang dari kata yang sama muncul kata aman? Bahawa keamanan dan kenyamanan hidup tidak akan pernah terpisahkan dari keimanan. Oleh kerana itu, jangan pernah mengira orang yang tidak beriman kepada Allah akan memperoleh ketenangan hati, sekalipun mereka hidup dengan fasilitas duniawi yang serba mewah; harta yang melimpah, kendaraan yang mewah, rumah yang megah dan seterusnya, dipastikan tidak ada ketenangan hati bagi mereka, jika iman tidak ada di hati tersebut. Syarat kedua adalah zikir, mengingat, menyebut dan menghadirkan kebesaran Allah dalam setiap gerak hati, lidah dan anggota tubuh seseorang. Singkap kembali kisah para pemuda penghuni gua yang dikenal dengan ash-habul kahfi, yang tidur dengan lelap, nyenyak dan tenang selama 309 tahun, sekalipun tidur di atas batu, dalam lobang yang sempit dan gelap, tidak ada penerang apalagi penyejuk, bahkan musuh berkeliaran di luar gua yang siap mencincang tubuh mereka jika ditemukan. Namun, semua itu tidak menghalangi mereka untuk mendapatkan ketangan hati, dalam suasana yang sulit dan tidak menyenangkan. Jawabannya adalah karena mereka adalah para pemuda yang tidur dengan iman dan selalu berzikir kepada Allah.
Aku Ingin Hidup Secerah Mentari Yang Menyinar Di Taman Hatiku Aku Ingin Seriang Kicauan Burung Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan Aku Ingin Segala-galanya damai Penuh Mesra Membuah Ceria Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara Melerai Rindu Di Dalam Dada Sedamai Pantai Yang Memutih Sebersih Titisan Embunan Pagi Dan Ukhuwah Kini Pasti Berputik Menghiasi Taman Kasih Yang Harmoni Seharum Kasturi Seindah Pelangi Segalanya Bermula Di Hati Di Sini

27 March 2013

Seorang Mujahidah.. Sumayyah

Diantara wanita pertama yang syahid dijalan Allah...Subhaanallah.. 

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya. 

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam. Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa. “Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah. “Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal. “Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal. Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir. Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu. 

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar. “Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang. “Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula. “Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi. “Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari. 

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir. Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka. “Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis. “Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas. “Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga. Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. 

Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal. Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah. “Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala. “Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah. “Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah. “Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu. Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.