Tahukah anda, bahawa syiah diasaskan oleh yahudi.
Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman.
Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin
Affanradiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang
menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam
terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba' pernah
berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah
Allah".[1]
Maka Ali
mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh
Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan
'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan
Ahli Bait".[2]
Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain
pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba': "Abdullah bin Saba'
mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu
(keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[3]
Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum
Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau
menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai
Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah
pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu
(keterlaluan). Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur
ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang
mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang
Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf
kekhalifahan mereka.[4]
Pegangan Syiah Imamiyah yang ada
sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin
Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis
yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan
tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[5]
Jadi kalau ada
mana-mana syiah yang katakan pada anda bahawa mereka ini bermazhabkan
ahlul bait, mereka tu memang PENIPU dan PENDUSTA YANG BESAR...
[1] . Lihat: Rijal al-Kusyi. Hlm. 106-108. (Kitab ini "Rijal al-Kusyi")
adalah kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan Syiah.
[2] . Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74).
[3] . Lihat: الشيعة فى التاريخ Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain.
[4] . Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).
[5] . Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).
No comments:
Post a Comment